citric acid cycle

tajuk tak ada kena mengena langsung dengan apa yang aku nak cerita. itu hanya salah satu benda yang aku dok ulang2 sebut dari tadi. sebab aku kena hafal. esok aku punya final exam BIOCHEMISTRY. adeh...aku memang tak berapa nak gemar hafal menghafal ni.

aku teringat masa kat kampung balik beraya ramai2 dengan sepupu sepapat yang berdozen2. kalau nenek nak panggil salah seorang dari cucu2 kesayangan dia, habis semua nama cucu dia sebut. sebutlah nama seorang2 cucu dia sampai yang ke-17 tu baru betul. nak panggil pian tapi ain eli ika awin semua dia sebut. gila comel nenek aku. tapi apa kena mengena nenek aku dengan citric acid cycle?

sekarang baru aku faham perasaan nenek aku kena hafal banyak2 nama. aku pun dah jadi macam nenek aku dah. banyak sangat nama nak kena ingat sampai terbelit2 neuron aku. baru sekejap tadi urat aku tersimpul. nasib baik tak simpul mati. kira boleh lagi aku leraikan balik. macam mana la kalau nama2 yang aku hafal ni aku bagi kat cucu2 aku nanti. nanti masa aku nak panggil cucu aku habis semua aku sebut. glyceraldehyde, glycerate, glutamate, phosphate, lambda karbaminohemoglobin padahal yang aku nak panggil cucu bongsu aku pyruvate. boleh cramp lidah aku on the way nak sampai kat nama dia.

korang dah nampak kan apa effect menghafal pada aku. tak pasal2 aku merepek kat sini. dah2. aku nak sambung balik study. tinggal esok paper terakhir aku. lepas tu apa lagi. HUHHHAA!!

is that how it's gonna be?



terbaca blog seseorang

yang terguris hatinya oleh sahabat sendiri
lalu aku tertanya2
itukah nasibku nanti?




PS: sorry for the temporary abandonment of my blog. my mood to write went on a holiday trip to Barbados.

i ♥ audrey hepburn.

tabung kawen. (tq for clicking!)

blog archive.

google followers.

networkedblogs followers.


--------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------