malam ini dan dua malam lepas.
dua malam lepas saya dan geng pergi jalan2 di pantai Teluk Cempedak seperti yang biasa kami lakukan di malam2 sebelum ni. kami dah beli tiket wayang tengah malam. sambil nak tunggu tengah malam tu kami pun layanlah geng bob tengah busking masa tu. memang best layan geng ni busking. sebab mereka bukan setakat main alat muzik akustik biasa je. ada alat muzik pelik2 dari negara lain pun mereka main. memang feel.
entah macam mana last2 geng saya pun join geng mereka. kami pun nyanyilah sebuah dua lagu. saya minta mereka main lagu Fynn Jamal, 150 Juta. mereka pun layankan je lah. sesiapa yang ada facebook boleh tengok video kat sini. geng saya tak hebat pun. join suka2 je.
ok. itu cerita dua malam lepas. tolak tepi dulu.
malam ni pula ada puisi riong. buat pertama kali puisi riong diadakan di UMP. fynn jamal dan ramli sarip ada perform. siapa nak lepas peluang baik macam ni kan? saya dan geng pun pergilah. saya dah memang eksaited nak jumpa kak fynn. itu je agenda utama saya sebenarnya.
nak dijadikan cerita tiba2 kami nampak bob atas pentas. tengah main muzik sekali dengan fynn jamal. baru kami perasan yang geng kak fynn tu adalah geng yang kami join busking kat TC dua malam lepas. lagilah kami eksaited. persembahan mereka spontan je. saya suka.
lepas habis show saya dan geng pergi jumpa kak fynn kat belakang pentas. sembang2 sikit sambil ambil2 gambar. kami jumpa papa rock juga.
kepada bob dan geng juga kak fynn, kita jumpa di PLORE nanti ye!
Tuesday, January 11, 2011 | Labels: events/happenings, GENG | 1 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.