ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu.. merayu..
kepadaNya Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan dengan penuh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu bersatu
memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau siakan walau sesaat yang berlalu
setiap detik tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang
bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih, berqiamullail, bertahajjud
mengadu.. merintih.. meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
tapi aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
kau meriahkan Ramadhan
kau buru.. kau cari.. suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri
rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan
lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti
paling berseri
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu, Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha... bersedia... meminta belasNya
wahai Tuhan ku tak layak kesyurgaMu.. namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.. kami lah hamba yang mengharap belas dariMu
"ya Allah jadikan lah kami hamba2Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami serta dosa2 kedua ibubapa kami. dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....
andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN
Monday, August 24, 2009
|
Labels:
emotional expression,
events/happenings,
silent thoughts
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.
5 flew over the cuckoo's nest:
Salam eqa.
Macam mana Sang Pemimpi? Dah abis baca?
Bleh proceed buku ketiga plak- Edensor.
Moga kita semua menghargai ramadhan ini bagai yang terakhir.
Salam bro.
Lama dh tak dengar khabar. Buku tu eqa dh habis baca. Sorry terbuat harta plak. Dh lama dh nak pulangkan tp asek lupa je. Huhu..
takpe2.
still pakai no. yg samakan?
nanti kena baca sambungannya edensor.
Ikal di Sorbonne.
Cantik sungguh susunan bahasanya. Insya Allah semoga mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin. Bukan sahaja Ramadhan terakhir, anggaplah hari ini adalah hari terakhir buat kita semua. Sudah bersediakah kita? Sentiasalah ingat pesan Nabi, jangan takut mati kerana mati itu pasti.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warohmatullahi
Wabarokatuh.
If this is your last Ramadhan, make it yet the best one.
Post a Comment
Mind you, anonymity is NOT cool, people.
=]