kami impikan...


saya dan kawan-kawan saya impikan sebuah van Volkswagen klasik yang rupanya lebih kurang macam ni


kami ingat nak cari van macam ni dan kongsi duit beli. dan bila kami dah dapat cari van yang gila comel ni, kami nak namakan dia VAN KITA. kami nak beli cat warna-warni, isi belon2 kecil dengan cat yang kami beli tu, bawa kereta ni ke tengah2 kawasan letak kereta atau pantai (atau belakang rumah siapa2) dan baling belon2 berisi cat tu ke van yang kami kongsi2 beli tu. bila dah selesai main baling2 cat kereta tu akan nampak meriah dan ceria macam kami2 juga.


lebih kurang macam ni la design kereta tu bila dah dibaling2 dengan cat tapi dijamin lagi comel dari kereta dalam gambar diatas. dan kalau kami ada duit lebih2 sikit kami ingat nak ubahsuai interior van ni biar selesa sikit. kalau nak mewah lagi boleh la tukar jadi macam ni.


tapi kemewahan interior tak adalah penting sangat. yang penting keselesaan penumpang bila van ni digunakan untuk tour atau roadtrip ke mana2 pulau atau konsert. bila dah ada van ni nanti senang nak gerak ke mana2. senang nak buka puasa kat Teluk Cempedak atau Tanjung Lumpur. senang nak sahur dekat Gambang Point atau Al-Falah. senang nak pergi bercuti di Genting Highlands atau Pulau Redang. senang nak pergi menonton persembahan teater di Istana Budaya atau Stor DBP. senang nak pergi roadtrip spontaneous yang saja2 tanpa apa2 plan.

cool kan?


0 flew over the cuckoo's nest:

Post a Comment

Mind you, anonymity is NOT cool, people.
=]

i ♥ audrey hepburn.

tabung kawen. (tq for clicking!)

blog archive.

google followers.

networkedblogs followers.


--------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------