ikut sedap dia je...


ilham ni bila nak datang memang tak kira tempat dan masa. kalau dia nak datang, dia memang ikut sedap dia je nak serang kat mana2. kadang2 tu kat dalam bilik air pun ada. selalunya memang kat situ lah. masa tu lah dapat idea nak tulis puisi, masa tu lah tiba2 dapat melodi, masa tu lah dapat jalan cerita untuk teater. semua nak datang sekali harung masa tu. sampai tak tahu nak fikir mana satu dulu. sedar2 dah sabun badan guna syampu. tu belum kira masa cuci muka guna ubat gigi.

kadang2 tu lagi dua tiga minit nak lelapkan mata, masa tu lah ilham datang mencurah2. nak menaip masa tu malas lah pula nak on laptop balik. capai je lah apa2 kertas yang ada atas meja. tak jumpa kertas, taip dalam henfon pun jadi. esok2 taip balik dalam laptop.

tapi paling geram, bila kita nak cari ilham memang susah betul nak jumpa dia. bila betul2 nak guna pakai. nak cari idea untuk presentation depan lecturer esok. masa tu lah dia malu2 nak datang. segan2 je nak jumpa. sampai kena korek gali ceruk celah. nasib lah kalau terserempak secebis dua. kadang2 langsung tak jumpa2. sebab itu juga lah kadang2 blog ni terbiar lama.

ilham datang memang kita tak jangka. semua ni atas usaha kita juga. dan juga izinNya. bila Tuhan nak bagi, dia boleh bagi bila2 masa. kun faya kun. bila Allah kata jadi, maka jadilah ia.

2 flew over the cuckoo's nest:

Syafiq Kadiran said...

ilham slalu dtg time tgh yak....
cmne nk take note tu???ermmm~~~
hahahaha

mocQachinno said...

kann... cne nk buat tu chuck??

Post a Comment

Mind you, anonymity is NOT cool, people.
=]

i ♥ audrey hepburn.

tabung kawen. (tq for clicking!)

blog archive.

google followers.

networkedblogs followers.


--------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------