musim durian dah mula!!

Yeay!! Musim durian dah nak mula lagi!! Tak sabar rasa nak balik kampung makan durian longgok berbakul2. Teringat pula dulu waktu kami sekeluarga sekali dengan nenek, makcik2, pakcik2 dan sepupu sepapat menyerbu sebakul besar durian sebab tengah musim. Kebetulan masa tu raya aidilfitri dan giliran kami sekeluarga beraya di Malaysia. Sampai sakit2 perut kami melayan durian. Ada yang sampai demam2 siap. Orang kata, tak payah mengaku orang Perak lah kalau tak makan durian. Hahaha..saya setuju!

Disebabkan tak sabar nak tunggu betul2 musim durian, hari Khamis lepas saya dan En. Kopi 'O' pun pergi lah ke Kuantan dengan misi mencari durian. Sebenarnya En. Kopi 'O' yang teringin sangat nak makan durian. Saya biasa je sebab sebelum tu dah makan dengan roommate2 terchenta. Disebabkan keteringinan yang tak dapat dibendung, saya pun temanlah En. Kopi 'O' pergi menjejak durian.

Jalan punya jalan, kami ternampak ada satu gerai tepi jalan jual durian. Ada dua orang apek jaga durian tu. Kami pun berhenti tepi jalan dan pergi meninjau2. Harga durian masa tu agak mahal sebab belum betul2 musim lagi. Tapi sebab teringin sangat nak makan, En. Kopi 'O' tak kisah. Dia beli juga. So kami beli sebiji durian D24 dengan harga RM28. Beli sebiji je sebab yang nak makan kami berdua je. 'Biar mahal asal tak kempunan'.






Dah kata teringin sangat nak makan, memanglah tak tahan bau durian tu bila letak dalam bonet. Rasa nak buka dan makan masa tu juga. Tapi kena cari tempat yang sesuai. So kami pun pergi ke Teluk Cempedak. (mana lagi tempat sesuai nak menikmati makanan, mestilah kat pantai kan!) Bila dah buka durian tu lagi lah kami teruja. Isi durian tu SANGAT tebal, gebu dan manis! Tebal sangat sampai saya hanya larat makan seulas je. By the time nak makan ulas kedua, saya dah tak larat nak habiskan. Apa lagi, En. Kopi 'O' pun seronok la habiskan yang selebihnya. 

Sekian cerita pengembaraan kami mencari durian di kala musimnya baru nak mula. Akhirnya memang kami puas hati dapat makan durian yang sangat sedap. Oh ye, maaf lah gambar kualiti Sony Ericsson 2 megapixels je. Itu je yang ada masa tu. Hehehe~


2 flew over the cuckoo's nest:

Otit said...

eqa! i miss you dear.

mocQachinno said...

i miss you more, tito!

Post a Comment

Mind you, anonymity is NOT cool, people.
=]

i ♥ audrey hepburn.

i do online.

tabung kawen. (tq for clicking!)

blog archive.

google followers.

networkedblogs followers.


--------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------