mentaliti makcik2

hari tu aku jumpa makcik A. kira jarang jugalah aku jumpa dia. sedang seronok lepak2 sambil sembang2 dengan makcik A, tiba2 aku buka cerita tentang nenek kawan aku yang awet muda. tengok muka nenek tu macam yang jenis makan ulam. orang dulu2 kan suka makan ulam. lagipun kawan aku cerita, nenek dia memang jaga makan. aku kagum dengan tahap kesihatan mental dan fizikal serta rupa dia yang nampak sebaya dengan anak2 nya.

aku : hari tu saya pergi rumah kawan saya. jumpa nenek dia. nenek dia nampak muda sangat. kalau duduk sebelah ayah dia, nampak macam adik beradik je.

makcik A : dia tu mesti 'memakai' la tu. (dengan muka selamba).

senafas je aku dengar ayat tu dari dia. aku kira semua faham apa maksud 'memakai' tu. aku pun hairan. entah macam mana boleh sampai ke situ makcik ni fikir? padahal kawan dia sendiri, makcik B, pun awet muda macam tu juga. kalau makcik B tu duduk dengan anak2, orang cakap macam kawan2 je. tak ada pula makcik A nak fikir pasal 'memakai' ni? aku sengaja buat muka confused dan cakap kat makcik tu:

aku : eh, tak kot. makcik ni.. tak baik la fikir macam tu. (sambil gelak2).

makcik tu tersengih2 malu. lepas tu dia macam nak cover balik ayat dia tadi.

makcik A : eh, tak. maksud makcik, dia tu mesti 'memakai' bedak2 atau cosmetic products lain. ade la tu.

hurmm.. aku senyum je. bukan niat aku nak kurang ajar menegur orang yang lagi tua. tapi kalau salah yang kita terang2 nampak, takkan kita nak biar kan? itu pun dah habis berhati2 aku jaga ayat tak nak bagi dia terasa. mungkin juga dia berniat nak bergurau.

mentaliti makcik2. selalu kalau tengok dalam tv pun kita dah marah. inikan pula jumpa depan mata. tak ada beza makcik2 kampung atau kl. semuanya sama je. kenapa perlu terlalu negatif? menuduh melulu tanpa usul periksa. aku memang kurang berkenan bab melulu2 ni. fikir dulu sebelum buat. fikir orang lain juga, bukan diri sendiri je. kita buat dengan satu cara, orang lain terima berbeza2. kadang2 kita tak sedar apa yang kita rasa betul, orang lain anggap salah. the thing is, don't judge people easily. there is more to a person than what you see or hear. positive is the way to go. it makes everything a lot happier. tak gitu?

2 flew over the cuckoo's nest:

Fadli [www.mytravellicious.com] said...

agree!

Ka Ann Nor Raihan said...

yes indeed!

Post a Comment

Mind you, anonymity is NOT cool, people.
=]

i ♥ audrey hepburn.

i do online.

tabung kawen. (tq for clicking!)

blog archive.

google followers.

networkedblogs followers.


--------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------