akan datang: TEATER USTAZ ZAPIN
Dengan 10 minit yang masih berbaki sebelum aku harus bergerak menuju ke satu perjumpaan penting, sempat kiranya aku hebah2kan tentang pementasan teater yang bakal kami pentaskan. Dah terlalu lama kami menyepi, kini kami kembali bersama sebuah adaptasi dekon karya MS Haron. Dalam produksi kali ini, aku bertanggungjawab sebagai pengurus pentas.
mempersembahkan
Sebuah teater yang mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda kampung yang baru pulang dari Yemen. Setibanya di kampung, beliau dipandang sinis oleh pemuda kampung kerana cuba berdakwah dengan menubuhkan kumpulan tarian zapin di kampung tersebut. Perjuangan beliau mendapat tentangan hebat dari Tapa, pemuda kampung yang sering mencabar kesabaran Ustaz Ngadiran lantaran itu cuba menggagalkan usaha Ustaz Ngadiran. Konflik berlaku apabila Lebai Mat tidak setuju dengan usaha Ustaz Ngadiran. Penghulu Mail tidak bersetuju dengan perbuatan Lebai Mat yang seringkali menidakkan perjuangan Ustaz Ngadiran. Kemarahan Tapa semakin memuncak apabila Mastura dan ibunya Makcik Senah menyokong perjuangan Ustaz Ngadiran dan konflik berlaku antara Tapa dan Mastura apabila Mastura meminta ikatan pertunangan mereka diputuskan. Tapa tidak dapat menerimanya dan cuba mencabul Mastura. Namun disebalik peristiwa itu telah merungkai seribu satu kisah yang terungkai.
Apakah "seribu satu kisah yang terungkai" itu? Semuanya hanya akan terjawab dalam Teater Ustaz Zapin.
Apakah "seribu satu kisah yang terungkai" itu? Semuanya hanya akan terjawab dalam Teater Ustaz Zapin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.
0 flew over the cuckoo's nest:
Post a Comment
Mind you, anonymity is NOT cool, people.
=]