coming (very) soon: Teater Dusta Pada Skala 1 Hingga 10


Tomorrow is the big day! Sempena Festival Teater Pahang 2012 ini, kami yang bernaung di bawah Kumpulan Teater Waris akan mementaskan sebuah teater realism bertajuk Dusta Pada Skala 1 Hingga 10.

   

Teater ini akan berlangsung pada esok hari. Nak lebih detail:


AHAD
27 MEI 2012

2.30 PETANG
di AMPHITEATER BANGUNAN UMNO PEKAN, PAHANG

Sedikit sinopsis untuk teater ini:
Begitu banyak penipuan dan pendustaan terjadi dalam kalangan manusia zaman kini. Tidak kira pangkat dan darjat, tua atau muda, sifat angkuh adalah tunggak utama setiap manusia untuk mencapai cita-cita. Perebutan dan perbalahan demi merebut sesuatu yang menjanjikan kebebasan telah menjadikan setiap orang bermusuh sesama sendiri. Yang paling berkuasa akan terus menguasai dan mengawal kehendak manusia. Setakat manakah manusia mampu berdusta demi mencapai matlamat? Adakah skala dusta tertentu mampu melindungi manusia dari hukuman yang telah ditetapkan? Yang mana satu dusta paling tinggi? Dusta pada diri sendiri atau dusta pada manusia yang lain? Adakah anda pun berdusta? Berapakah skala dusta anda?




Kepada sesiapa yang meminati filem2 thriller seperti Saw, Nine Dead dan The Divide, ini adalah cerita untuk anda. Dan anda berpeluang menyaksikannya secara live. Kepada yang tak tahu apa nak buat pada hujung minggu, datanglah beramai2. Kepada photographer2 yang ingin mencari bahan ujikaji, silalah datang bereksperimentasi. Mari semua meriahkan amphiteater!


3 flew over the cuckoo's nest:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
minta pihak yg menempah baju 'dusta pada skala 1-10' hubungi kami hari ini. krn ada hal yg perlu di beritahu,soal nya kami tiada nombor pihak pengurusan yg menempah baju dgn kami tersebut. maaf di atas kesulitan ini. sekiranya anda tahu siapa yg bertanggungjwb di atas tempahan baju tersebut,minta beliau hubungi kami di nombor talian 09-5660182. terima kasih.

Salehuddin Abd Latif said...

gud luck... :D

poke-yoke said...

cool =)

Post a Comment

Mind you, anonymity is NOT cool, people.
=]

i ♥ audrey hepburn.

tabung kawen. (tq for clicking!)

blog archive.

google followers.

networkedblogs followers.


--------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------