malam 4 Syawal: malam penuh kenangan


suka gambar ni. tak payah edit2. memang klasik. ni gambar nenek dan arwah atuk. kalau dalam family, kami panggil tok rahman dan puan normah. anak menantu panggil abah dan mak. cucu2 panggil atuk dan nenek. cicit2 panggil aki dan onyang.

masa gambar ni diambil, atuk dan nenek baru kahwin. kira masih honeymoon lagi la ni. masa tu umur atuk baru 20 tahun. sebaya aku sekarang. nenek pula 17 tahun. mudanya orang dulu2 kahwin. nenek cerita, sebelum mereka kahwin, masing2 tak pernah kenal. kahwin pun diatur oleh keluarga masing2. lagi konsep orang dulu2 yang aku rasa menarik: walaupun tak pernah kenal sebelum kahwin, boleh je hidup bahagia sampai ke cucu cicit. begitulah pentingnya restu keluarga, agaknya.

gambar ni aku jumpa dalam bilik nenek. terletak kemas dalam bingkai atas meja solek nenek. asalnya malam tu aku, mama dan aa (adik aku) bercadang untuk kebaya hunting. aku bercadang nak cari baju kebaya nyonya. mama kata nenek simpan lagi baju2 kebaya dia yang lama. aku dan adik aku pun teruja la nak tengok. kami memang cepat teruja dengan benda2 klasik ni. nak2 baju kebaya dulu2 memang cantik2. lain dari baju kebaya sekarang.

mama kata masa nenek muda2 dulu badan nenek besar badan aku je. jadi kemungkinan besar aku boleh muat baju kebaya vintage nenek tu. lagi la kami teruja. nenek kata baju2 lama dia simpan dalam almari berkunci dalam bilik tengah. almari tu pun klasik. jenis almari kayu yang guna kunci tulang. terasa juga la seram bila tengok barang2 lama. tapi bila fikir balik, barang2 tu kan nenek yang punya. tapi nenek tak ingat mana dia letak kunci tu. maka bertukarlah acara mencari kebaya menjadi acara mencari kunci.

masa nak cari kunci tu, nenek buka semua almari lama dia. aku dan adik aku terpegun melihat barang2 lama yang masih disimpan oleh nenek. gila klasik. coin pouch dulu2, cucuk sanggul besi, jam yang lagi tua usianya dari aku, semua barang lama dari zaman nenek muda. kami pun seronok je tolong selongkar.

tengah seronok selongkar tu kami terjumpa barang2 arwah atuk. tiba2 mood dalam bilik tu jadi sayu teringatkan arwah atuk. atuk pandai gunting rambut. dulu rambut anak2 dan cucu2 dia semua dia potong sendiri. gunting yang dia guna dulu, nenek simpan lagi. kalau ada barang2 rosak atuk suka baiki sendiri. screwdriver yang dia guna untuk baiki benda2 tu, nenek simpan lagi. atuk dulu polis. kadang2 dia bersihkan pistol dia. kayu yang dia guna untuk bersihkan pistol dia tu, nenek simpan lagi. banyak lagi barang2 yang kalau kita tengok rasa macam tak penting je. tapi kami tahu nenek simpan barang2 tu semua kerana kenangan yang ada pada barang2 tu. semua gambar2 lama masa arwah atuk masih hidup, nenek tunjuk.

sambil tengah kemas tu, nenek cerita pasal arwah atuk. macam mana masa atuk masih ada dulu. kebiasaan atuk hari2. macam mana dia mula2 jumpa dengan atuk. lepas dia cerita, dia keluar dari bilik. dia kata dia nak pergi tengok makanan kat atas meja. padahal kami tahu. dia keluar sebab dia tak nak tunjuk dia sedih. kerana kami nampak butir air mata di hujung mata nenek. masa tu tiba2 je aku rasa sebak yang amat. padahal masa dengar nenek cerita sebelum tu aku ok je. siap boleh gelak2 sambil fikir 'sweet juga atuk dengan nenek aku dulu'. tapi bila nenek keluar je dari bilik, air mata aku tak berhenti mengalir. bukan sebab menangis. sebab sebak. aku pandang adik aku. rupa2nya dia pun sama. kami gelak nak hentikan air mata tapi tak boleh juga. jadi kami layankan je. bukan sedih. tapi sebak.

sebak macam tengok cerita titanic. macam masa aku tengok cerita daisy. sebab aku rasa cerita atuk dan nenek aku sama sweet dengan movie2 tu. macam mana atuk yang dengarnya digilai gadis muda zaman dia tetap setia pada nenek yang tak pernah jemu menjaganya. macam mana dua orang yang tak pernah kenal sebelum kahwin boleh saling sayang menyayangi sampai ke hembusan nafas terakhir. hingga ke saat2 terakhir atuk, nenek setia menunggu di sisi. dan dia tabah. dia tak tunjuk yang dia bersedih di depan atuk. tapi kami tahu, dialah yang paling sedih ketika itu. walaupun yang lain ke hulu ke hilir risau dan dia hanya duduk tak bergerak. walaupun yang lain meraung menangis dan dia hanya diam tak bersuara. kami tahu hati dia paling pedih. tapi nenek redha. dan macam mana nenek jaga barang2 atuk dulu. sebab dia sayang. dia rindu. itu yang membuatkan kami sebak.

sebab itu setiap kali balik kampung aku cuba sedaya upaya untuk buat nenek gembira. cuba kurangkan penat dia. layankan apa yang dikata. dan aku tahu ahli keluarga yang lain pun cuba buat yang sama. sebab aku tahu dalam hati dia sunyi. dia rindu. walau dia tak tunjuk. walau dia tak cakap. kami tahu.

raya kali ni arwah atuk tetap diingati. dan kami berdoa agar rohnya tenang bersama roh2 orang yang mulia. dan kami juga berdoa agar dipermudahkan segala urusan nenek. kerana dia dah tak larat untuk bersendirian. usianya menyekat dia dari bergerak seperti dulu. tapi nenek jangan risau. nenek kan ada lebih 50 orang bodyguard. =]

akhirnya kami tak jumpa pun kunci almari tu. kami jumpa sesuatu yang lebih berharga: kenangan nenek bersama atuk. dan baru kami tahu sedalam mana cinta nenek pada atuk. kalah romeo and juliet!

8 flew over the cuckoo's nest:

Ka Ann Nor Raihan said...

sebak mama baca. tak henti-henti airmata mengalir. thanks eQa for writing such a beautiful "titanic" story... We love Nenek so much.. mmuahhh... this year raya paling puas sebab semua anak dan cucu cicit dapat berkumpul dan beraya sakan.. riang ria aidil fitri..

Syafiq Kadiran said...

love your story....

aa said...

:')

mocQachinno said...

thanks all.masa tulis ni pun sebak tak terkata.asal baca je sebak lagi. haha~

Hanis Azla said...

setiap org ada cara untuk menyimpan memori.. Klu my mum semua brg arwah ayah dia tak simpan sebab tak mahu teringat sgt.. tp kami tahu memori dia ada dlm hati.. Salam Kenal Eqa.

Kaiser DeVasto™ said...

nice story EQA...citer nih wat kanda teringin nak jumpe nenek...n macam selalu kanda cakap, walau bahagia macamana pun bersedia dengan pemergian orang yang kiter sayang...tiada yang kekal abadi, biarlah hati bagai berkecamuk bagai ribut taufan tapi tampilkan air yang tenang di luar...

mocQachinno said...

hanis azla,
thanx. salam kenal kembali!! hope we can share more stories and experience lpas ni. ;]

kanda,
insyaAllah nanti kalau ada rezaki dinda bawa jumpa nenek tercinta yang comey tu. hehe~ and i'll always remember apa yang kanda pesan tu. =]

praising said...

apa pasal sdey sgt eqa. SEBAK tapi sweettt :)

Post a Comment

Mind you, anonymity is NOT cool, people.
=]

i ♥ audrey hepburn.

i do online.

tabung kawen. (tq for clicking!)

blog archive.

google followers.

networkedblogs followers.


--------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------