DARI AKU UNTUK GENG (by Dib)
selak2 buku 3 KUNTUM, terbaca satu puisi yang mengingatkan aku pada geng aku. aku akan sentiasa teringat kowg setiap kali terbaca puisi ni.
kepada geng aku, AKU SAYANG KAMU.
DARI AKU UNTUK GENG
(oleh Dib)
geng
biarlah mereka
biar mereka berbicara
tentang kita
geng
jadilah korang
jadi diri sendiri
pedulikan mereka
geng
teruskanlah saja
teruskan berbicara
teruskan berkarya
teruskan bercerita
geng
kita tak pandai meminta
kita tak pandai mengampu
kita hanya jadi siapa kita
kita tahu mereka cemburu
geng
selagi kita kawan
tiada siapa boleh lawan
kita pun tak berkenan
nak cari gaduh dengan setan
geng
jangan kau khuatir
di saat-saat getir
aku ada
aku ada.
kepada Dib: thanks for letting me share this with them. kan dah kata, cerita kita lebih kurang sama. *wink*
click here for more puisi from Dib or go to misteriaku.blogspot.com.
Friday, April 30, 2010 | Labels: GENG, works of art | 1 Comments
untuk mereka.
dengan mereka
aku bebas bersuara
berbicara, berkata-kata
kerana mereka semua sekepala.
antara mereka
tiada yang rahsia
susah senang pedih jerih
selagi boleh ditanggung bersama.
pada mereka
tiada yang mustahil
segala yang dicetuskan kreativiti mereka
bukan hanya kata-kata semata.
kerana mereka
aku gembira
aku suka
segala kesedihan dihapus kira.
bersama mereka
aku adalah aku
kepada mereka,
AKU SAYANG KAMU.
Thursday, April 29, 2010 | Labels: by MOCQA, GENG | 2 Comments
Dear Mr Slowpoke,
if you see me walking with someone else,
it's not because i like his company.
it's because you are not brave enough to walk beside me.
if you hear me talking about him all the time,
it's not because he pleases me.
it's because you are too deaf to hear my heartbeat.
if you feel me falling with someone new,
it's not because i love him.
it's because you are not there to catch me fall.
ps: the person i'm writing this for may NOT read this. if he DOES read this he may NOT know that it is written for him. that's just how SLOW he is.
dear you, all this while you looked but didn't see. i guess that's why we end up like this.
Monday, April 19, 2010 | Labels: by MOCQA, emotional expression | 1 Comments
meet the terrapins!
Thanks for the cute little Ts.
Sunday, April 18, 2010 | Labels: events/happenings, interest things | 2 Comments
kepada empunya nama manusia pertama
pejam.
celik.
pejam.
celik.
dah tiga batang lilin aku kumpul.
eh, baru tiga batang?
tak apa. nanti aku kumpul lagi.
pejam.
celik.
pejam.
celik.
dah tujuh buah lagu aku dengar.
hehehe.. tujuh?
kebetulan nombor favourite aku.
pejam.
celik.
pejam.
celik.
dah berpuluh cerita aku dengar.
ghalit dibuai alunan suara.
tak tersedar beredarnya masa.
aku nak kumpul banyak lagi lilin.
nak dengar lagu2 yang lain.
nak dengar sambungan cerita2 tu.
tapi gila frust aku rasa
sebab bila aku
pejam.
celik.
pejam.
celik balik.
tiba2 kau dah tak ada.
Tuesday, April 13, 2010 | Labels: by MOCQA, emotional expression | 2 Comments
Manifestasi Teater Malaysia
sewaktu latihan dijalankan
opening act
antara scene dalam DETIK
curtain call
barisan pelakon
krew KIRANA
ps: gambar 3, 4 & 5 credit to Shazli Shamsuddin. (Thanks for the beautiful pictures.) You can see more pictures of DETIK here.
Monday, April 12, 2010 | Labels: events/happenings, interest things, works of art | 3 Comments
sampai jugak kowg ke UMP kan!
Sunday, April 11, 2010 | Labels: events/happenings, FRIENDS | 0 Comments
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.