DARI AKU UNTUK GENG (by Dib)

selak2 buku 3 KUNTUM, terbaca satu puisi yang mengingatkan aku pada geng aku. aku akan sentiasa teringat kowg setiap kali terbaca puisi ni.
kepada geng aku, AKU SAYANG KAMU.

DARI AKU UNTUK GENG
(oleh Dib)

geng
biarlah mereka
biar mereka berbicara
tentang kita

geng
jadilah korang
jadi diri sendiri
pedulikan mereka

geng
teruskanlah saja
teruskan berbicara
teruskan berkarya
teruskan bercerita

geng
kita tak pandai meminta
kita tak pandai mengampu
kita hanya jadi siapa kita
kita tahu mereka cemburu

geng
selagi kita kawan
tiada siapa boleh lawan
kita pun tak berkenan
nak cari gaduh dengan setan

geng
jangan kau khuatir
di saat-saat getir

aku ada
aku ada.

kepada Dib: thanks for letting me share this with them. kan dah kata, cerita kita lebih kurang sama. *wink*

click here for more puisi from Dib or go to misteriaku.blogspot.com.

untuk mereka.

dengan mereka
aku bebas bersuara
berbicara, berkata-kata
kerana mereka semua sekepala.

antara mereka
tiada yang rahsia
susah senang pedih jerih
selagi boleh ditanggung bersama.

pada mereka
tiada yang mustahil
segala yang dicetuskan kreativiti mereka
bukan hanya kata-kata semata.

kerana mereka
aku gembira
aku suka
segala kesedihan dihapus kira.

bersama mereka
aku adalah aku

kepada mereka,
AKU SAYANG KAMU.

Dear Mr Slowpoke,

if you see me walking with someone else,
it's not because i like his company.
it's because you are not brave enough to walk beside me.

if you hear me talking about him all the time,
it's not because he pleases me.
it's because you are too deaf to hear my heartbeat.

if you feel me falling with someone new,
it's not because i love him.
it's because you are not there to catch me fall.


ps: the person i'm writing this for may NOT read this. if he DOES read this he may NOT know that it is written for him. that's just how SLOW he is.

dear you, all this while you looked but didn't see. i guess that's why we end up like this.

meet the terrapins!


Remember my two friends, Sya and Ain who came from Johore the other day? Well, they brought these two cute little terrapins all the way from Johore (so, it can be assumed that these terrapins are Johoreans). My roomate - Ramlah - and I decided to call it Nakatsu-kun and Ayumi-chan. Obviously the names are influenced by Japanese comic characters because we love Japanese comic series! They are actually (apology) presents from Sya. =]
Thanks for the cute little Ts.

kepada empunya nama manusia pertama

pejam.
celik.
pejam.
celik.

dah tiga batang lilin aku kumpul.
eh, baru tiga batang?
tak apa. nanti aku kumpul lagi.

pejam.
celik.
pejam.
celik.

dah tujuh buah lagu aku dengar.
hehehe.. tujuh?
kebetulan nombor favourite aku.

pejam.
celik.
pejam.
celik.

dah berpuluh cerita aku dengar.
ghalit dibuai alunan suara.
tak tersedar beredarnya masa.

aku nak kumpul banyak lagi lilin.
nak dengar lagu2 yang lain.
nak dengar sambungan cerita2 tu.

tapi gila frust aku rasa
sebab bila aku
pejam.
celik.
pejam.
celik balik.

tiba2 kau dah tak ada.

Manifestasi Teater Malaysia

Setelah berjaya di sesi kelayakan, KIRANA THEATER PRODUCTIONS sekali lagi mementaskan naskhah DETIK karya Idham Hadi di peringkat kebangsaan. Pementasan telah diadakan pada 3 dan 4 April yang lepas di Taman Budaya Kuala Lumpur. Pementasan kali ini memberi 1001 pengalaman baru pada aku. Banyak yang aku pelajari dalam masa lima hari latihan. Ibarat satu keluarga, segala suka duka kami lalui bersama. Rindu nak lepak depan TV sambil makan coklat dengan korang!



sewaktu latihan dijalankan

muka kepenatan selepas latihan

opening act

antara scene dalam DETIK

curtain call

barisan pelakon

krew KIRANA

ps: gambar 3, 4 & 5 credit to Shazli Shamsuddin. (Thanks for the beautiful pictures.) You can see more pictures of DETIK here.

sampai jugak kowg ke UMP kan!


Alkisah hari Jumaat yang lepas dua orang sahabat lama aku dari zaman KMK dulu berniat datang ke UMP kerana konsert amal MATAHARI yang ada Faizal Tahir, Farah AF & Amy Search. Setelah selesai test untuk hari itu mereka pun dengan gigihnya berangkat dari Johor. Tapi malang nasib mereka hanya sempat masuk dewan ketika Amy tengah nyanyi lagu terakhir - Isabella. Apa2 pun, konsert tu memang best and memang seronok ada mereka kat sini. HOYEH!




.

i ♥ audrey hepburn.

i do online.

tabung kawen. (tq for clicking!)

blog archive.

google followers.

networkedblogs followers.


--------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------