Showing posts with label by MOCQA. Show all posts
Showing posts with label by MOCQA. Show all posts

pesanan untuk sang muda

pesan aku untuk yang muda
jika bercinta biar dari jiwa
jika berkasih biar nyata
jujur pada perasaan seadanya

cari yang indah bak bidadari
bukan rupa tetapi budi pekerti
namun sebelum yang indah dapat kau miliki
cerminlah selayaknya diri

jangan kau idamkan yang cantik
kalau diri sendiri pakai merepek2
jangan kau mimpikan yang baik
kalau perangai kau tak semenggah terpekik2

dan bila dia berjaya kau tawan
anggaplah dia sebaik2 kawan
berkongsilah segala bahagia dan rawan
jangan sesekali dia kau tinggal2kan

jangan indah hanya pada awalnya
kerana yang sukar adalah pada mengekalkan

dulu kau sentiasa mahu berada disisinya
walau kau tahu betapa dia benci melihat muka kau
kau tetap pegang erat tangannya sambil menyanyi
benci atau tidak, apa kau peduli

dulu dia sanggup kau kejar
pantang hilang dari padangan walau sebentar
kini dia kau biar menyendiri
biar dia memujuk hatinya sendiri

jangan..
jika benar kau mahukan dia
jagalah dia sebagaimana kau mahu dijaga
jangan berani mendekati dia
jika tidak berniat menghabiskan nyawa bersama
jangan mempermainkan hatinya
jika tidak berniat membina masjid bersama
jangan berjanji jika tak mampu dikota

jangan indah hanya pada awalnya
kerana yang sukar adalah pada mengekalkan

ya, perubahan itu pasti
namun bukan pada hati
berkasih biar sampai ke langit tua
bercinta biar hingga ke akhir masa

believe in what you do


people may never understand
why you do the things you do,
have faith and just believe in it
because that's all that matters.


The Reason

He ties the most perfect ribbon on my watch.
But that's not the reason I love him.

He buys me chocolate when I'm in period pain.
But that's not the reason I love him.

He holds me quietly when I'm in emotional chaos.
But that's not the reason I love him.

He loves me for who I am, unconditionally.
That's the reason I love him.



takut.

rasa



rasa yang sempurna ini aku takut tercela.
takut tersumbing mana2.
takut tercalar tanpa sengaja.
takut retak tak terbela.

the Q & the A

soalan:


orang macam mana yang kau cari?

jawapan:

yang boleh defend aku bila betul
betulkan bila aku salah
argue bila tak setuju
bukannya ikut melulu
boleh buat aku ketawa terbahak2
dan ada di sisi saat mata rabak
paling penting
aku boleh trust dia
sepertimana dia percayakan aku
orang macam ni
tak payah surprise meletup2
ada dia dah cukup


untuk mereka.

dengan mereka
aku bebas bersuara
berbicara, berkata-kata
kerana mereka semua sekepala.

antara mereka
tiada yang rahsia
susah senang pedih jerih
selagi boleh ditanggung bersama.

pada mereka
tiada yang mustahil
segala yang dicetuskan kreativiti mereka
bukan hanya kata-kata semata.

kerana mereka
aku gembira
aku suka
segala kesedihan dihapus kira.

bersama mereka
aku adalah aku

kepada mereka,
AKU SAYANG KAMU.

Dear Mr Slowpoke,

if you see me walking with someone else,
it's not because i like his company.
it's because you are not brave enough to walk beside me.

if you hear me talking about him all the time,
it's not because he pleases me.
it's because you are too deaf to hear my heartbeat.

if you feel me falling with someone new,
it's not because i love him.
it's because you are not there to catch me fall.


ps: the person i'm writing this for may NOT read this. if he DOES read this he may NOT know that it is written for him. that's just how SLOW he is.

dear you, all this while you looked but didn't see. i guess that's why we end up like this.

kepada empunya nama manusia pertama

pejam.
celik.
pejam.
celik.

dah tiga batang lilin aku kumpul.
eh, baru tiga batang?
tak apa. nanti aku kumpul lagi.

pejam.
celik.
pejam.
celik.

dah tujuh buah lagu aku dengar.
hehehe.. tujuh?
kebetulan nombor favourite aku.

pejam.
celik.
pejam.
celik.

dah berpuluh cerita aku dengar.
ghalit dibuai alunan suara.
tak tersedar beredarnya masa.

aku nak kumpul banyak lagi lilin.
nak dengar lagu2 yang lain.
nak dengar sambungan cerita2 tu.

tapi gila frust aku rasa
sebab bila aku
pejam.
celik.
pejam.
celik balik.

tiba2 kau dah tak ada.

mereka tanya, aku jawab

mereka tanya: kenapa kau asingkan sotong2 tu? allergic ke?
aku jawab: aku asingkan sebab tu favourite aku. aku nak save the best for last.

mereka tanya: kenapa kau senyap je? kau tak suka tempat ni ke?
aku jawab: aku rasa tempat ni cantik gila. cantik sampai tak terkata.

mereka tanya: kenapa dah tak pakai t-shirt Senandika? selalu pakai t-shirt Kencana Pawana je. dah lupa Senandika ke?
aku jawab: tak pakai baju Senandika sebab sayang. kalau selalu pakai nanti cepat buruk. tak boleh nak simpan lama2.

mereka tanya: dengan dia je kau tak pernah cakap. kau benci dia ke?
aku jawab: siapa kata? aku suka dia. cuma aku malu nak berdepan dengan dia.

mungkin susah untuk mereka baca. kerana apa yang aku buat tak selalunya menunjukkan apa yang aku rasa.

TENANG SEKETIKA

Apa guna berdiri gagah mendabik dada?
Apa guna berhujah seperti tahu segala?
Jika apa yang dikata membawa bencana.
Apa yang dicanang semuanya usul tanpa periksa.

Pejamkan mata. Bukalah minda.
Cuba berhenti yang berbicara.
Aku minta kalian tenang seketika.

Tenang seketika dan dengar.
Dengar dan fahami situasi.
Jangan hakimi sesuka hati.
Tenang seketika dan kau akan mengerti.

selamat malam seluruh alam

rabak mata menjaga takungan air dari pecah.

berombak dada menahan sebak tak kebah2.

sesak nafas melemaskan diri yang hampir rebah.



tidak.

mereka tak boleh tahu.

biar hancur tulang-temulang memikul beban di bahu.

sikit pun mereka tak perlu tahu.



pejam mata.

tarik nafas dalam2.

hembus perlahan2.

senyum.

tengok bulan

sedang mata melilau gigih membaca nota
terpandang ke luar tingkap
bulan cantik malam ini

i ♥ audrey hepburn.

i do online.

tabung kawen. (tq for clicking!)

blog archive.

google followers.

networkedblogs followers.


--------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------